Langkah Permulaan Untuk Menambah Simpanan Persaraan

 

early_retirement_Strategy

Berikut ialah langkah-langkah yang harus diambil bagi meningkatkan simpanan  pelan persaraan bagi yang telah terlewat. Anda tiada pilihan.Persaraan adalah pasti kecuali anda mati awal!

1. Hapuskan semua hutang dan perbelanjaan yang tidak berfeadah terutama hutang kad kredit- bagaimana menyelesaikanya anda harus berjumpa dengan Financial planner

2. Tingkatkan simpanan anda secara automatik – sukar untuk dilaksanakan tetapi amat berbaloi hasilnya

3. Dapatkan balik wang yang telah dibazirkan. Contoh sekiranya anda membayar kereta RM1,000 sebulan, tukarkan kepada RM600 sebulan. Anda telah jimat RM400 untuk simpanan

4.  Cari atau bertukar kerjaya dengan imbuhan gaji yang lebih tinggi daripada sedia ada. Peningkatan pendapatan daripada lebihan kenaikan imbuhan harus disalurkan dalam tabung simpanan persaraan

5.  Matikan polisis insuran yang tidak perlu – Pastikan insuran yang anda miliki benar-benar memenuhi keperluan hidup anda.

6.  Belanja kurang daripada yang anda dapat!

Ingat hanya tiga asas dalam menjana pelan persaraan

1. Berapa jumlah wang anda simpan

2. Kadar dividen yang diterima setiap tahun

3. Tempoh berapa lama akan bersara

Kombinasi ketiga-tiga asas diatas akan menentukan kemampuan anda menempuh alam persaraan dengan tenang dan harmonis. Sekiranya anda mempunyai RM400,000 semasa umur persaraan dan mengeluarkan wang sebanyak RM4,000 sebulan dengan dividen 8% setahun, ia hanya mampu bertahan selama 13.75 tahun sahaja! Fikirkanlah hanya dengan ilmu kewangan anda akan mampu bertahan selagi hayat dikandung badan.

sekiranya ingin mendapat khidmat nasihat kewangan atau ‘personal Money secara profesional, boleh SMS penulis 012 955 1901 untuk temujanji. Caj dan terma tertakluk kepada syarat

FB Comments

comments

Leave a Reply